Normal person in weird environment~~

" Biar pelik di mata manusia, tapi cantik di mata Ilahi "

Wednesday, June 17, 2015

First Day Ramadhan

Salam,

Alhamdulillah, today is first day of ramadhan. Alhamdulillah masih diberi peluang, dipanjangkan umur untuk merasa hari pertama ramadhan tahun ni. Masih sihat untuk melakukan amal ibadah dan buat perkara perkara baik yang dapat extra pahala. Semoga aku diberikan umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat untuk terus beramal. In Sya Allah.

Hari ni ditakdirkan aku habis paper final. Last final paper on first day ramadhan. Masya Allah, nikmat dia tak dapat nak digambarkan dengan kata kata. Perassan gembira tu extra. Seronok yang amat. Sekarang ni, tinggal viva je sebelum aku grad. Setel je viva, dah boleh grad dengan gembira.

Aku harap, time bulan puasa ni examiner akan always cool and give extra marks. tak dapat extra marks, tak pe, janji jangan hetam saya time viva. Seram pikir kalau dapat examiner jahat.

Till next post, Salam.

Thursday, April 9, 2015

Haziqah Jalan Jalan to Krabi, Thailand

Assalamualaikum,

hello blog yang lama telah ku tinggal. Saja bosan duduk bilik, terasa nak update blog. Here is my story about my trip to Krabi, Thailand.

Destination: Krabi, Thailand
Date: 27 March until 30 March 2015
Person: 8 Person

Aku malas nak cerita payah payah. Make it simple je ehh. Bukan ada orang nak baca pon kan. haha. few things yang kene prepare befor pergi Krabi ni adalah:

1. Baca la cerita org lain pasal krabi ni. at least kene la tau sikit sikit macam mana keadaan kat sana. so nanti tak de la macam looser sangat kat sana.
2. Servey rate duit. sebab duit malaysia kan senang sangat jatuh. so kene prepare awal awal la. dapat je harga yang best, terus tukar.
3. Sediakan itinerary korg siap siap. tak d la nanti kat sana macam lost tak tau nak p mana or tak tau nak buat ape. lagi bagus dalam itinerary tu korg dah ada harga untuk aktiviti. at least kat sana nanti korg tak de la kene tipu. make sure before amek ape ape packag, harga tu dalam range korg and tawar menawar la untuk dapat hat murah sikit.
4. sediakan food like maggi, milo roti and so on. ni penting gile. incase korg terbelanja lebih, at least ada la jugak megi ni untuk korg makan. tak de la sadis sangat nanti kat sana.


27 March 2015 (Friday)
Kiorang dah rancang nak naik train ke sana, which is senang plus murah la jugak and saja saja nak bagi budak budak lain tu try naik train lama lama. So aku beli tiket dari parit buntar to hatyai. Ingat nak beli tiket yang RM18 tapi dah habis. Tinggal yang RM25 je. So beli je la tiket yang tu. Tiket tu kitorang beli online di https://intranet.ktmb.com.my/e-ticket/Login.aspx . Senang, kau boleh pilih seat kau siap siap tak payah gaduh dengan org lain.

Tiket ke sana dijangka sampai parit buntar pukul 4:30 am. So aku dengan jayanya telah memaksa si Iza, Syafa and Laila untuk hantar kitorang 8 orang ni ke stesen kereta api Parit Buntar. Pagi pagi buta lagi kitorang dah kumpul dekat cafe lembaran. kumpul kat sini sebab Hazirah nak agihkan duit thailand yang dia dah tolong changekan. kitorang hari tu dah rancang tukar sorang RM500. lepas tukar dapat la sorg dalam 4730bht. masa kitorang tukar duit ni, ringgit malaysia tengah jatuh banyak. so memang rugi gile la kan. ohh abaikan time and tarikh kat gambar. salah setting camera.
Muka semua selebet. Pagi pagi buta dah kene gerak memang camni la.
Lepas semua dah sampai cafe, kitorang gerak ke stesen kereta api. masa sampai stesen, boleh tahan ramai jugak la yang naik kat sini. pastu jumpa jugak budak budak usm yang nak pergi krabi sekali. sempat la hai hai bai bai kat situ. yang bestnye kereta api ni, sampai on time. aku rasa sebab pagi kot, so tak de masalah ape ape yang buatkan dia delay.
muka eksaited sebab train dah sampai
train ni lalu nibong tebal - butterworth - arau - padanng besar - hatyai. aku tak mampu nak ingat semua stesen. aku ingat yang mana aku mampu ingat je la. masa dia berhnti dekat butterworth, lama jugak la dia stop. sampai situ dalam pukul 5:30 am camtu tapi train gerak balik dalam pukul 6:00 am. aku tak sure kenape dia berhenti lama gile. lupe nak tanya. pastu dah pukul 6;00 am, train pon memulakan perjalanan seperti biasa. kerja aku dalam train, selfie before tido. haha

dalam pukul 9;10 am kitorang dah sampai Padang Besar. kat sini berhenti untuk kau chop passport plus isi form arrival Thailand. jangan lupa bawak pen. kang nak tulis gune ape. masa kat padang besar ni, berhenti lama. dia bagi masa untuk breakfast. harga kat sini standard la. tak mahal sangat tak murah sangat. so sebab berhenti lama sangat, memang bergambar je la kerja kitorang.


sorry, kan aku dah cakap aku memang suka selfie. haha.

pukul 11;10 am baru la train dari siam datang and memulakan semua perjalanan ke hatyai. sepanjang perjalanan ke hatyai ni best, korang akan tengok rakyat rakyat thailand yang duduk dekat dengan area train. dia punya landasan pon, alahai. ntah selamat ntah idok. tapi alhamdulillah la kitorang selamat. kat sini style gile. train tu tak de penghadang ke ape macam Malaysia, train tu bunyi hon je untuk org sedar yang akan ada train lalu. memang kat sini keselamatan dorg tak berapa la. tapi sebab dorg dah biasa, so bagi dorg semua tu tak de ape.

nanti dah nak dekat sampai hatyai, akan ada sorg mamat ni nama ah meng dok cari customer untuk transportation ke krabi. dia punye harga boleh tahan murah jugak la. 700bht pergi balik krabi. since aku bajet dalam 500bht pergi and 500 bht balik, so aku rasa harga ah meng ni murah. ni ha muka and no telepon ah meng.


ah meng ni under angel travel agent. aku cadangkan korang just amek transportation dia punye package je la. yang phi phi island ke, snorkeling ke, tak yah amek kat dia. mahai.

kitorang sampai hatyai pukul 12;40 pm sebab train dia bawak alahai. slow gile. tapi okay la. cuci mata tengok kawasan thailand. dah sampai hatyai ni, belum pon lagi turun train korang akan diserbu dengan agent agent lain. since si ah meng ni dah pesan awal awal kat kitorang, rileks je kitorang reject dorg. ah meng kata dorg tu mahai. so kalau dorg tanya nak p mana, cakap je korg jalan hatyai. nanti tak de la dia serang korg dah. settle tak pening kepala dah.

sampai hatyai, kitorang jalan la cari kedai si ah meng ni. borak borak ngan auntie tu. dia boleh cakap malay, so jangan risau. kitorang dapat package ni dari auntie tu:

1. Canoe package; 1000bht/person
2. Phi phi island: 1200bht/person
3. Van pergi balik: 750bht/person

gambar package tu nanti la aku upload. dekat handphone lagi satu. kitorang punye driver van ke krabi best, since aku yang dok depan dengan dia, aku la pulun interview dia. tanya macam macam. nama dia hood. dah kahwen. 2 kot bini dia. anak ada 7. 4 lelaki 3 perempuan. umor dia dalam 40++ tak ingat. dia peramah. dia ajar la few words dalam bahasa thailand. tapi aku tak ingat pon. haha




nanti dalam perjalanan, korang akan berhenti dekat dia punya rnr. kat trang. makan kat area halal dalam rnr tu. kat sini pon ada org pandai cakap melayu. so jangan risau. makanan sini pon sedap. first makanan thailand yang aku makan dan aku suke. kedai ni bagi air kosong free dengan ulam ulam free. aku amek nasi lauk ayam kunyit kene 35bht. berbaloi la. tapi aku nak pesan awal awal, ayam kunyit dia pedas gile. minum air 3 cawan pon tak hilang lagi pedas.

dalam sejam berhenti, pastu teruskan perjalana, 2 org foreigner yang naik dengan kitorang tu nak turun dekat krabi. so kitorang pon tangkap la gambar dekat krabi kejap.



dah pukul 5;00 pm. esok aku sambung. nak p jogging. :P

Sunday, October 26, 2014

26 Oktober 2014

"Kadang kala kita sebagai manusia akan mengalami saat yang betul betul genting dalam hidup. Dan lebih sakit, bila kita gagal mengawal emosi dan keadaan. Ada sampai satu tahap, kita rasa macam nak mati. Lari dari kenyataan, lari dari masalah dan hidup bebas tanpa perkara yang memeningkan. Tapi apa yang kita dapat bila kita lari? Apa yang kia dapat bila kita mati? Kesudahannya tetap sama. Perkara tu tetap dah terjadi. So what you can do now, is just let it go. Apa yang penting is how we manage our life after that difficulty. Pandai-pandailah kita cari balik diri kita, dan kembalikan semangat untuk terus hidup. Jangan lupa berdoa. Sure do Allah know whats the best for you. And percayalah, masa akan dapat merawat segala-galanya. InsyaAllah."