Normal person in weird environment~~

" Biar pelik di mata manusia, tapi cantik di mata Ilahi "

Wednesday, November 21, 2012

perubahan

Assalamualaikum,

hari ni hari yang menggembirakan. InsyaALLAH hari ni merupakan hari yang lebih baik dari semalam. 

pagi tadi, bangun awal sebab nak buat assignment measurement. Alhamdulillah, selesai sudah. oh yeee, pagi tadi pakai baju kurung pergi kelas. Pakai tudung baru yang colour putih tu. yang mak belikan masa balik kampung hari tu. And aku tengah dalam proses mengumpul tudung-tudung seperti tu. err, nak hadiahkan tudung camtu kat aku pon okay jugak. sebesar hati aku terima. :)

"sesungguhnya, wanita yang menutup aurat dengan sempurna akan terpelihara daripada perkara-perkara munkar"

yess, aku sangat percaya kata-kata tersebut. Alhamdulillah, aku berjaya kini. sudah 3 hari aku melaluinya. aku mampu bertahan. dan aku mengharapkan, tubuh dan jasad ku kuat untuk meneruskannya. sekarang, aku betul betul rasa selamat. aku rasa dilindungi. betul lah, bila kita menutup aurat dengan sempurna, mereka akan menghormati kita selayaknya. dan aku bernar-benar rasa dilindungi ALLAH bila berubah ke arah ni. Alhamdulillah. aku sangat berharap, aku mampu bertahan meneruskan perubahan ni. InsyaALLAH.

tadi ada meeting mekanik. aku and syud a bit late sebab beli makanan dulu. and masa balik dari meeting, iza cerita. iza kata, fikri wahid tagur cara pemakaian aku dulu. dia tak suka tengok aku pakai tudung sarung yang selalu aku pakai dulu. dia kata nampak tak sopan untuk aku. tudung sarung tu nampak kecik kat aku. and dea kata, dah manis dah aku pakai macam kat kelas pagi tadi. pakai tudung putih tu. and he advise me to wear such hijab next time. not that tudung sarung again. 

Alhamdulillah, aku sedia mendengar teguran orang. aku bersyukur, masih ada yang sudi menegur. anyway, thanks fikri. oh lupa pula, nazim pon pernah tegur aku dulu. dia kata aku dah mula pakai tudung pendek balik. he ask me where my tudung labuh. masa tu, hati aku masih keras untuk mendengar teguran tersebut. syukur, kini sudah boleh terima. InsyaALLAH, aku kuat. doakan aku sahabat sahabat. 

sesungguhnya, untuk istiqomah melakukan perubahan itu sangat sukar. aku sendiri mengalaminya. support dari orang sekeliling sangat diperlukan. aku berharap, aku mampu bertahan sehingga nafas terakhir ku. aminn. 

oh yee, sebelum bertambah terlupa. aku akan menjual gula gula (sebab aku exco keusahawanan mekanik) . so kawan kawan, sila support saya dengan membeli jualan saya. haha :)

sampai di sini sahaja bebalan hari ni. semoga hari esok masih diberi peluang untuk meneruskan bebelan. 

# Ya Allah, sesungguhnya saudara-saudara ku di palestin kini dalam kesusahan. Kau berilah kekuatan iman dan kekuatan badan agar mereka mampu bertahan meneruskan jihad mereka, agar mereka mampu melawan musuh-musuh agama-Mu. amiin. 


salam,
haziqah :)